
Dari sebuah madrasah kecil bermula dengan 4 org pelajar, yang hanya mampu memandang harapan, kini Allah izinkan kami membimbing lebih 200 jiwa pewaris ilmu. semuanya dengan izin Allah swt dan sumbangan dan sokongan kalian yang tak pernah putus. Kalian bukan sekadar menyumbang harta, tapi menghidupkan harapan dan menyalakan cahaya masa depan ummah.Semoga setiap titisan keringat dan ringgit yang kalian infaqkan menjadi saksi di hadapan Allah, dibalas dengan rezeki yang melimpah, keberkatan yang berpanjangan, dan syurga yang tertinggi sebagai tempat peristirahatan terakhir.
Terima kasih yang sebesar-besarnya kepada para penginfak yang menjadi tulang belakang perjuangan ini.
Madrasah Tahfiz As-Salihin di Jalan Sikamat telah mencatat beberapa pencapaian yang membanggakan, terutamanya dalam pendidikan tahfiz Al-Quran.Allhamdulillah hampir setiap bulan pihak kami telah berjaya melahirkan para-para Hafiz Al Quran. Salah satu kejayaan yang amat membanggakan kami dan ibu bapa pelajar tersebut. Kejayaan ini merupakan bukti komitmen Kami dalam mendidik generasi muda menjadi insan yang bertaqwa dan berilmu.
LOKASI KAMI:
Madrasah Tahfiz As Salihin | Jalan Sikamat lama Mukim Pantai, Seremban, Malaysia, 71700 | 0102207865 Ustaz Salleh (Pengetua)
Bantu Madrasah Tahfiz As-Salihin Membangunkan Generasi Huffaz
Madrasah Tahfiz As-Salihin sekarang mempunyai 200 orang pelajar termasuk dari pelajar ASNAF & ANAK YATIM.Untuk terus melahirkan pelajar-pelajar Huffaz ini,kami amat memerlukan sokongan anda untuk memastikan kelangsungan pendidikan Al-Quran dan kebajikan pelajar-pelajar kami, terutamanya golongan asnaf dan anak yatim. Setiap sumbangan anda, walaupun kecil, membawa impak besar dalam menyediakan makanan, keperluan asas, dan membina infrastruktur seperti kompleks masjid untuk masa depan yang lebih baik.
Bagaimana Anda Boleh Menyumbang?