SETIAP SUMBANGAN KECIL INI MAMPU MEMBERI SENYUMAN BESAR KEPADA ADIK SOFIA & ANAK-ANAK TAHFIZ YANG LAIN


Alhamdulillah, kalau dilihat seperti Adik Sofia dan anak-anak atau adik-adik yang lain kita sepatutnya mereka masih lagi perlu  mendapatkan keperluan asasi dan pendidikan yang sepatutnya  untuk menjamin masa hadapan mereka. Sayangnya, bukan semua anak-anak mendapat peluang yang sama. Bagaimana pula dengan mereka yang tidak lagi mempunyai ibubapa? Ataupun bagi yang datang daripada keluarga anak yatim & asnaf?

Atas dasar ukhuwah Islamiyah, marilah kita bantu anak-anak tahfiz di Madrasah Assalihin Banat untuk mendapatkan keperluan pendidikan yang sepatutnya.


Pada masa ini, Madrasah Tahfiz As Salihin Banat yang terletak di Sikamat,Seremban menampung seramai 40 orang pelajar, diiringi oleh 5 orang tenaga pengajar. Di sini, pelajar dilatih untuk menghafaz Al-Quran dan melengkapkan syahadah mereka dengan modul khas yang diajarkan. Alhamdulillah, beratus pelajar sebelum ini telah berjaya menghafaz 30 juzuk Al-Quran. Bahkan, ada yang berjaya menghafaz hanya dalam masa 8 bulan sahaja! Ada juga yang berjaya melanjutkan pelajaran di dalam bidang pergigian dan berjaya menjadi seorang doktor pergigian, mashaAllah.


Anak-anak pintar ini bagaikan permata yang perlu digilap untuk mereka menyinari ummah. Tetapi dengan kos kehidupan yang semakin meningkat, sukar buat kami untuk terus menampung mereka. Ditambah pula dengan kos operasi yang mencecah RM80,000 sebulan . Dalam 40 orang pelajar, hanya 30% di antara mereka yang mampu untuk membayar yuran. Selebihnya, terdiri daripada anak-anak yatim dan asnaf yang tidak berkemampuan.




Walaupun tidak mampu membayar yuran, kami tetap berusaha untuk mencari solusinya. Tidak sanggup kami melihat senyuman anak-anak ini pudar kerana terpaksa dihentikan pembelajarannya. Dalam tubuh mereka yang kecil ini, mereka mempunyai cita-cita yang besar. Nak membantu masyarakat, nak membanggakan ibubapa mereka walaupun ada yang sudah meninggal dunia.


Oleh itu, kami memohon ehsan serta sumbangan Tuan/Puan untuk membantu meringankan serba sedikit beban kos operasi Madrasah Assalihin agar kami dapat terus membantu anak-anak ini keluar dari kesempitan hidup mereka dan menggapai masa hadapan yang lebih cerah.


BERSAMA, MARI KITA BINA LADANG PAHALA DI AKHIRAT KELAK.






Bagi kami di pihak madrasah, kami sedaya upaya menyediakan modul terbaik buat mereka menghafaz. Kami juga melihat usaha dan pemcapaian luar biasa dari anak-anak ini untuk keluar dari kesempitan hidup mereka.


Marilah tuan puan, mengumpul saham akhirat bersama-sama kami dalam usaha melahirkan generasi celik Al-Quran dan pendidik generasi akan datang. 


BAGAIMANA INGIN MENYUMBANG UNTUK PAHALA AKHIRAT?

Untuk memudahkan urusan anda menyumbang kami telah sediakan platform yang mudah dengan senarai pakej dibawah:

PAKEJ A –  RM300

PAKEJ B –  RM200

PAKEJ C – RM100

PAKEJ D –  RM50

SEIKHLAS HATI – RM15



Diharapkan dengan sumbangan Tuan/Puan, lebih ramai lagi hafiz Al-Quran yang holistik agar mereka dapat menggapai kejayaan di dunia dan juga di akhirat kelak, inshaAllah. Semoga Allah SWT memberkati rezeki dan merahmati kehidupan Tuan/Puan.


InshaAllah, saya mendoakan agar usaha tuan puan membantu keberlangsungan pembelajaran pelajar kami ini akan dibalas dengan bantuan Allah yang tiada tandingan di muka bumi serta di akhirat kelak.


KOMPLEKS PENGAJIAN AS SALIHIN

MAYBANK

5550 1424 7838

Madrasah Tahfiz As Salihin LilBanat | Jalan Sikamat lama Mukim Pantai, Seremban, Malaysia, 71700 | 0102207865 Ustaz Salleh (Pengetua)

Disclaimer:

Sekiranya berlaku lebihan sumbangan, kami juga akan salurkan kepada aktiviti program wakaf, barang keperluan pelajar dan sebagainya

Penafian: 

Bagi pembayaran mengunakan payment gateway billplz, cas perkhidmatan akan dikenakan sebanyak RM1.00 bagi setiap transaksi yang berjaya.
 Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah sila hubungi   +60102207865  Ustaz Salleh  atau boleh tekan di sini utk ---> WHATSAPP 



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Pakej A ( RM 300 )
Pakej B ( RM 200 )
Pakej C ( RM 100 )
Pakej D ( RM 50 )
Seikhlas Hati ( RM 30 )
Seikhlas Hati ( RM 20 )
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG