SEMOGA KITA SEMUA DAPAT MEMBERI SEDIKIT SENYUMAN KEPADA ADIK SOFIA & ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ YANG LAIN UNTUK MENJADI HAFIZAH AL QURAN YANG BERJAYA

Alhamdulillah, kalau dilihat seperti Adik Sofia dan anak-anak atau adik-adik yang lain kita sepatutnya mereka masih lagi perlu mendapatkan keperluan asasi dan pendidikan yang sepatutnya untuk menjamin masa hadapan mereka. Sayangnya, bukan semua anak-anak mendapat peluang yang sama. Bagaimana pula dengan mereka yang tidak lagi mempunyai ibubapa? Ataupun bagi yang datang daripada keluarga anak yatim & asnaf?
Atas dasar ukhuwah Islamiyah, marilah kita bantu anak-anak tahfiz di Madrasah Assalihin Banat untuk mendapatkan keperluan pendidikan yang sepatutnya.
Pada masa ini, Madrasah Tahfiz As Salihin Banat yang terletak di Sikamat,Seremban menampung seramai 40 orang pelajar, diiringi oleh 5 orang tenaga pengajar. Di sini, pelajar dilatih untuk menghafaz Al-Quran dan melengkapkan syahadah mereka dengan modul khas yang diajarkan. Alhamdulillah, beratus pelajar sebelum ini telah berjaya menghafaz 30 juzuk Al-Quran. Bahkan, ada yang berjaya menghafaz hanya dalam masa 8 bulan sahaja! Ada juga yang berjaya melanjutkan pelajaran di dalam bidang pergigian dan berjaya menjadi seorang doktor pergigian, mashaAllah.
Anak-anak pintar ini bagaikan permata yang perlu digilap untuk mereka menyinari ummah. Tetapi dengan kos kehidupan yang semakin meningkat, sukar buat kami untuk terus menampung mereka. Ditambah pula dengan kos operasi yang mencecah RM80,000 sebulan . Dalam 40 orang pelajar, hanya 30% di antara mereka yang mampu untuk membayar yuran. Selebihnya, terdiri daripada anak-anak yatim dan asnaf yang tidak berkemampuan.
Walaupun tidak mampu membayar yuran, kami tetap berusaha untuk mencari solusinya. Tidak sanggup kami melihat senyuman anak-anak ini pudar kerana terpaksa dihentikan pembelajarannya. Dalam tubuh mereka yang kecil ini, mereka mempunyai cita-cita yang besar. Nak membantu masyarakat, nak membanggakan ibubapa mereka walaupun ada yang sudah meninggal dunia.
Oleh itu, kami memohon ehsan serta sumbangan Tuan/Puan untuk membantu meringankan serba sedikit beban kos operasi Madrasah Assalihin agar kami dapat terus membantu anak-anak ini keluar dari kesempitan hidup mereka dan menggapai masa hadapan yang lebih cerah.
BERSAMA, MARI KITA BINA LADANG PAHALA DI AKHIRAT KELAK.
Bagi kami di pihak madrasah, kami sedaya upaya menyediakan modul terbaik buat mereka menghafaz. Kami juga melihat usaha dan pemcapaian luar biasa dari anak-anak ini untuk keluar dari kesempitan hidup mereka.
BAGAIMANA INGIN MENYUMBANG UNTUK PAHALA AKHIRAT?
Untuk memudahkan urusan anda menyumbang kami telah sediakan platform yang mudah dengan senarai pakej dibawah:
PAKEJ A – RM300
PAKEJ B – RM200
PAKEJ C – RM100
PAKEJ D – RM50
SEIKHLAS HATI – RM20
Diharapkan dengan sumbangan Tuan/Puan, lebih ramai lagi hafiz Al-Quran yang holistik agar mereka dapat menggapai kejayaan di dunia dan juga di akhirat kelak, inshaAllah. Semoga Allah SWT memberkati rezeki dan merahmati kehidupan Tuan/Puan.
InshaAllah, saya mendoakan agar usaha tuan puan membantu keberlangsungan pembelajaran pelajar kami ini akan dibalas dengan bantuan Allah yang tiada tandingan di muka bumi serta di akhirat kelak.
KOMPLEKS PENGAJIAN AS SALIHIN
MAYBANK
5550 1424 7838
Madrasah Tahfiz As Salihin LilBanat | Jalan Sikamat lama Mukim Pantai, Seremban, Malaysia, 71700 | 0102207865 Ustaz Salleh (Pengetua)
Disclaimer:
Sekiranya berlaku lebihan sumbangan, kami juga akan salurkan kepada aktiviti program wakaf, barang keperluan pelajar dan sebagainya
Penafian: