Pelajar sedang menikmati hidangan hasil infaq/Sedekah Tuan Puan
Kami di Maahad Tahfiz As Salihin Banat,JlnSikamat,Seremban agak terkesan dengan keadaan ekonomi sekarang dengan kenaikan harga barang di negara kita. Dari satu sisi dilihat ramai yang hilang pekerjaan dan pendapatan akibat pandemic Covid-19, akan tetapi kami di madrasah ini juga menerima kesan secara tak langsung apabila ada antara ibu bapa membuat penangguhan pembayaran yuran anak-anak mereka sehingga hari ini (2023)
• Bajet makanan terpaksa dihadkan cuma RM5-10 sehari untuk setiap para pelajar
Oleh sebab kesan-kesan yang berlaku ini, kami hampir-hampir menangguh madrasah secara keseluruhan. Namun, kami kasihankan para pelajar yang bakal kehilangan sekolah dan guru –guru yang bakal kehilangan tempat kerja.
KAMI HAMPIR TERPUTUS BEKALAN
Beras dalam simpanan kami yg hampir berkurangan
Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Apabila meninggal anak cucu Adam (manusia), maka terputuslah amalnya kecuali tiga hal saja, yaitu sedekah jariyah, ilmu yang diambil manfaatnya oleh manusia, dan anak yang saleh yang berdoa untuknya.”
(HR. Ahmad)
Pada masa ini, Madrasah Tahfiz As Salihin Banat yang terletak di Sikamat,Seremban menampung seramai 40 orang pelajar, diiringi oleh 5 orang tenaga pengajar. Di sini, pelajar dilatih untuk mengafaz Al-Quran dan melengkapkan syahadah mereka dengan modul khas yang diajarkan. Alhamdulillah, beratus pelajar sebelum ini telah berjaya menghafaz 30 juzuk Al-Quran. Bahkan, ada yang berjaya menghafaz hanya dalam masa 8 bulan sahaja! Ada juga yang berjaya melanjutkan pelajaran di dalam bidang pergigian dan berjaya menjadi seorang doktor pergigian, mashaAllah.
BERSAMA, MARI KITA BINA LADANG PAHALA DI AKHIRAT KELAK.
Untuk memudahkan urusan anda menyumbang kami telah sediakan platform yang mudah dengan senarai pakej dibawah:
TAJA 10 x PELAJAR MAKAN MINUM – RM150
TAJA 5 X PELAJAR MAKAN MINUM – RM75
TAJA 2 X PELAJAR MAKAN MINUM – RM30
TAJA 1 X PELAJAR MAKAN MINUM – RM15
Diharapkan dengan sumbangan Tuan/Puan, lebih ramai lagi hafizah Al-Quran yang holistik agar mereka dapat menggapai kejayaan di dunia dan juga di akhirat kelak, inshaAllah. Semoga Allah SWT memberkati rezeki dan merahmati kehidupan Tuan/Puan.
InshaAllah, saya mendoakan agar usaha tuan puan membantu keberlangsungan pembelajaran pelajar kami ini akan dibalas dengan bantuan Allah yang tiada tandingan di muka bumi serta di akhirat kelak.
KOMPLEKS PENGAJIAN AS SALIHIN
MAYBANK
5550 1424 7838
Madrasah Tahfiz As Salihin LilBanat | Jalan Sikamat lama Mukim Pantai, Seremban, Malaysia, 71700 | 0102207865 Ustaz Salleh (Pengetua)
Disclaimer:
Sekiranya berlaku lebihan sumbangan, kami juga akan salurkan kepada aktiviti program wakaf, barang keperluan pelajar dan sebagainya
Penafian: