Bantu Kami Taja Makan Minum untuk Pelajar Madrasah Tahfiz Assalihin Sempena Ramadhan Bakal Tiba

Kini, seramai 170 orang pelajar bersama 25 tenaga pengajar berjuang di sini—bukan sahaja untuk menghafaz Al-Quran, tetapi juga mendalami ilmu dan akhlak sebagai bekalan masa depan. Alhamdulillah, ratusan pelajar sebelum ini telah berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk Al-Quran. Malah ada yang mampu khatam hafazan hanya dalam tempoh 8 bulan, dan ada juga yang melangkah lebih jauh hingga berjaya menjadi doktor pergigian, MashaAllah.
Dengan peningkatan harga barang dan kos sara hidup ketika ini, Maahad Tahfiz As-Salihin di Sikamat, Negeri Sembilan turut merasai tempiasnya. Kekangan dana semakin terasa, terutama dalam penyediaan makan minum harian untuk para pelajar.
Di sebalik cabaran kos sara hidup, kami tetap berusaha memastikan kebajikan pelajar ini terjaga. Kerana perjuangan ini bukan sekadar mengisi perut, tetapi melahirkan generasi hafiz Al-Quran yang berakhlak mulia.
Semoga setiap suapan rezeki yang anda salurkan menjadi asbab lahirnya generasi pewaris Al-Quran.

Jom, kita bantu mereka dengan Infaq Taja Makanan untuk Pelajar Maahad Tahfiz As Salihin. Dengan hanya RM 15, anda boleh memastikan mereka terus belajar dan menghafaz Al Quran Dengan Baik !! Asbab tajaan Tuan/Puan ini dengan amalan yang amat digalakkan oleh Rasulullah ﷺ ini.Moga pahalanya akan terus mengalir kepada kita sehingga ke hari akhirat kelak.
MAAHAD TAHFIZ AS SALIHIN
MAYBANK
5550 1422 7192
Madrasah Tahfiz As Salihin | Jalan Sikamat lama Mukim Pantai, Seremban, Malaysia, 71700 | 0102207865 Ustaz Salleh (Pengetua)
Maklumat tambahan:
1. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway.
2. Sekiranya berlaku lebihan kutipan,kami akan salurkan kepada kos operasi pengurusan serta pembangunan pada masa hadapan.