PELAJAR HAFIZ QURAN TERPAKSA BERHIMPIT-HIMPIT UNTUK MAKAN DAN BELAJAR

 

“Keadaan Madrasah Tahfiz As Salihin kini semakin sempit dan tidak mampu untuk menampung kemasukan pelajar anak-anak yatim dan asnaf baru”

Firman ALLAH SWT :

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم .

*لَنۡ تَنَالُوا الۡبِرَّ حَتّٰى تُنۡفِقُوۡا مِمَّا تُحِبُّوۡنَ وَمَا تُنۡفِقُوۡا مِنۡ شَىۡءٍ فَاِنَّ اللّٰهَ بِهٖ عَلِيۡمٌ‏*

Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.

(Surah Al-Imran ayat 92)

KEKANGAN DANA MENYEDIAKAN TEMPAT YANG LEBIH LUAS SERTA SELESA UNTUK PELAJAR MADRASAH TAHFIZ AS SALIHIN MENGAJI DAN MENGHAFAZ AL QURAN 

Pembangunan ini bertujuan menyediakan bilik Kuliah, dewan, surau dan asrama yang khas bagi pelajar. Buat masa ini semua pelajar belajar di satu dewan yang sama tanpa ada bilik kelas yang khas…  Ayuh kita rebut peluang ini semoga ianya menjadi asbab kita mendapat keredhaan Allah swt.

Atas dasar ukhuwah Islamiyah, marilah kita bantu anak-anak tahfiz di Madrasah As salihin untuk keselesaan mereka untuk menghafaz Al-Quran dan mendapatkan keperluan pendidikan yang sepatutnya.

Pada masa ini, Madrasah Tahfiz As Salihin yang terletak di Sikamat,Seremban menampung seramai 170 orang pelajar, diiringi oleh 25 orang tenaga pengajar. Di sini, pelajar dilatih untuk mengafaz Al-Quran dan melengkapkan syahadah mereka dengan modul khas yang diajarkan. Alhamdulillah, beratus pelajar sebelum ini telah berjaya menghafaz 30 juzuk Al-Quran. Bahkan, ada yang berjaya menghafaz hanya dalam masa 8 bulan sahaja! Ada juga yang berjaya melanjutkan pelajaran di dalam bidang pergigian dan berjaya menjadi seorang doktor pergigian, mashaAllah.

Anak-anak pintar ini bagaikan permata yang perlu digilap untuk mereka menyinari ummah. Tetapi dengan kos kehidupan yang semakin meningkat, sukar buat kami untuk terus menampung mereka. 

Walaupun ada segelintir ibubapa yang tidak mampu membayar yuran, kami tetap berusaha untuk mencari solusinya. Tidak sanggup kami melihat senyuman anak-anak ini pudar kerana terpaksa belajar dalam keadaan yang sempit. Dalam tubuh mereka yang kecil ini, mereka mempunyai cita-cita yang besar. Nak membantu masyarakat, nak membanggakan ibubapa mereka walaupun ada yang sudah meninggal dunia. Jadi kami inginkan mereka selesa dalam menuntut ilmu di Madrasah Tahfiz As Salihin.

Oleh itu, kami memohon ehsan serta sumbangan Tuan/Puan untuk membantu meringankan serba sedikit beban kos pembangunan dan operasi Madrasah Tahfiz As Salihin agar kami dapat terus membantu anak-anak ini keluar dari kesempitan hidup mereka dan menggapai masa hadapan yang lebih cerah.

 

BERSAMA, MARI KITA BINA LADANG PAHALA DI AKHIRAT KELAK.


 

SASARAN DAN JUMLAH KOS YANG DIPERLUKAN?

Projek pembangunan ini terdiri daripada :

FASA 1   (Bilik Kuliah, Tandas Dan Bilik Guru)   

Kos keseluruhan pembinaan  FASA 1 ialah (RM50,000) tidak termasuk FASA 2 untuk pembinaan surau, dewan, kelas mengaji dan asrama pelajar.(akan datang)


BAGAIMANA INGIN MENYUMBANG UNTUK PAHALA AKHIRAT?

Untuk memudahkan urusan anda menyumbang kami telah sediakan platform yang mudah dengan senarai pakej dibawah:

PAKEJ A – RM300

PAKEJ B – RM200

PAKEJ C – RM100

PAKEJ D – RM50

SEIKHLAS HATI – RM30


Diharapkan dengan sumbangan Tuan/Puan, lebih ramai lagi hafiz Al-Quran yang holistik agar mereka dapat menggapai kejayaan di dunia dan juga di akhirat kelak, InshaAllah. Semoga Allah SWT memberkati rezeki dan merahmati kehidupan Tuan/Puan.

InshaAllah, saya mendoakan agar usaha tuan puan membantu keberlangsungan pembelajaran pelajar kami ini akan dibalas dengan bantuan Allah yang tiada tandingan di muka bumi serta di akhirat kelak.


MAAHAD TAHFIZ AS SALIHIN

CIMB 

860 536 9729



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Pakej A ( RM 300 )
Pakej B ( RM 200 )
Pakej C ( RM 100 )
Pakej D ( RM 50 )
Seikhlas Hati ( RM 30 )
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG