Madrasah Tahfiz As-Salihin di Jalan Sikamat telah mencatat beberapa pencapaian yang membanggakan, terutamanya dalam pendidikan tahfiz Al-Quran.Allhamdulillah hampir setiap bulan pihak kami telah berjaya melahirkan para-para hafiz Al Quran. Salah satu kejayaan yang amat membanggakan kami dan ibu bapa pelajar tersebut. Kejayaan ini merupakan bukti komitmen Kami dalam mendidik generasi muda menjadi insan yang bertaqwa dan berilmu.
LOKASI KAMI:
Madrasah Tahfiz As Salihin | Jalan Sikamat lama Mukim Pantai, Seremban, Malaysia, 71700 | 0102207865 Ustaz Salleh (Pengetua)
Bantu Madrasah Tahfiz As-Salihin Membangunkan Generasi Huffaz
Madrasah Tahfiz As-Salihin memerlukan sokongan anda untuk memastikan kelangsungan pendidikan Al-Quran dan kebajikan pelajar-pelajar kami, terutamanya golongan asnaf dan anak yatim. Setiap sumbangan anda, walaupun kecil, membawa impak besar dalam menyediakan makanan, keperluan asas, dan membina infrastruktur seperti kompleks masjid untuk masa depan yang lebih baik.
Bagaimana Anda Boleh Menyumbang?
Setiap sumbangan anda akan membantu membina masa depan generasi penghafaz Al-Quran dan memastikan pelajar-pelajar kami mendapat pendidikan yang berkualiti. Semoga segala kebaikan anda dibalas dengan pahala yang berlipat ganda. Sumbanglah Hari Ini!